Dari segi bahasa khairat bermaksud kebajikan-kebajikan.
Dari segi istilah pula bermaksud sedekah yang dilakukan dalam bentuk wang bagi tujuan kebajikan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
i) Memiliki keahlian secara penuh untuk melakukan tabarru’ iaitu:
- Berakal;
- Baligh;
- Rashid(cerdik);
- Tidak mempunyai halangan untuk bersedekah
ii) Memiliki barang yang ingin disedekahkan atau menjadi wakil bagi pihak lain yang ingin bersedekah dengan hartanya.
Orang yang layak menerima wang khairat ialah seperti fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kelainan upaya, orang muflis, orang yang ditimpa musibah atau penyakit.
i. Harta yang dimiliki daripada sumber yang halal serta bukan syubhah; dan
ii. Harta yang baik dan bukan sesuatu yang buruk atau tidak disukai.
Hukumnya makruh sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.”
(Surah al-Baqarah, ayat 267)
- Amalan bersedekah adalah satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat harta yang telah dikurniakan kepada kita.
- Sedekah dapat menyucikan harta dan diri seseorang sebagaimana ibadah zakat
- Sedekah adalah satu bentuk amal ibadah yang dapat menambahkan kebaikan, menghapuskan dosa, menolak bala, menambahkan rezeki, menyembuhkan penyakit dan menjauhkan kemurkaan Allah SWT.
Disunatkan bagi seseorang Muslim untuk bersedekah kepada kerabatnya atau jirannya kerana ianya lebih afdal. Sebagaimana Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Hibban, yang bermaksud:
“Sedekah kepada orang miskin merupakan satu sedekah, manakala kepada orang yang mempunyai hubungan rahim ( kaum kerabat) adalah dua perkara: Sedekah dan merapatkan hubungan”.
Pandangan daripada Mazhab Syafii, harus memberi sedekah yang sukarela kepada bukan Islam secara mutlak. Sebagaimana firman Allah SWT, (Surah al-Insan, ayat 8), yang bermaksud :
“Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukai, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan (bukan Muslim).”
Sedekah kepada haiwan adalah sesuatu yang dianjurkan oleh syariat Islam.
Disunatkan bagi sedekah itu dilakukan pada harta yang lebih dari keperluan diri sendiri dan orang-orang yang di bawah tanggungan. Sekiranya seseorang itu bersedekah sehingga mengurangkan keperluan orang-orang di bawah tanggungannya, maka dia berdosa.
Wang khairat termasuk di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN). Peruntukan berkenaan dengan wang khairat ada terdapat dalam statut pentadbiran agama Islam setiap negeri.
- Permohonan bagi mendapatkan kebenaran membuat pungutan khairat hendaklah mana-mana individu yang mewakili kumpulan orang atau institusi seperti masjid, surau, madrasah, ma’ahad, sekolah atau pertubuhan. Pemohon sama ada merupakan ahli jawatankuasa tetap, ahli jawatankuasa penaja atau ahli jawatankuasa pembangunan dilantik mewakili kumpulan orang atau institusi.
- Permohonan daripada individu adalah tidak dibenarkan sama sekali dan sekiranya ada hendaklah disiasat.
- Pemohon hendaklah Warganegara Malaysia dan permohonan adalah daripada pemohon dalam mana-mana negeri di Malaysia.
- iv) Berumur 18 tahun ke atas.
- Pembinaan baru – seperti mendirikan masjid, surau, madrasah, ma’ahad, sekolah atau pertubuhan.
- Pembinaan semula – seperti bangunan masjid, surau, madrasah, ma’ahad, sekolah atau pertubuhan di atas bangunan sedia ada.
- Pembaikan – meliputi kerja-kerja ke atas bangunan sedia ada seperti pembaikan atap, tandas, longkang atau struktur bangunan.
- Penyelenggaraan – seperti menyelenggara bangunan sekolah, perbelanjaan mengelola sesuatu pertubuhan dan yang berkaitan.
- Tabung bencana – seperti bencana tsunami, tabung mangsa banjir, tanah runtuh dan sebagainya.
- Tabung Bantuan Umum – untuk kemaslahatan umat Islam seperti untuk rakyat Palestin, Syria, Rohingya atau mana-mana negara.
- Projek Amal – oleh persatuan atau pertubuhan atau NGO seperti bantuan anak yatim, projek membersihkan alam sekitar dan seumpamanya.