Warning: Trying to access array offset on value of type bool in D:\xampp\htdocs\e-khairat\wp-content\plugins\elementor\includes\base\widget-base.php on line 223
Warning: Undefined array key -1 in D:\xampp\htdocs\e-khairat\wp-content\plugins\elementor\includes\base\controls-stack.php on line 695
Perkhidmatan Kami
Tujuan utama sistem dan portal ini adalah untuk kemudahan dan manfaat masyarakat supaya tidak tertipu dan tidak mensia-siakan sumbangan wang yang disedekahkan demi kepentingan agama, namun disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Untuk semakan, sila ke tab Semakan Data Khairat.
- Semakan Data Khairat
- Pengenalan
- Al-Quran & Hadis
- Senarai MAIN
- FAQ Khairat
Kategori / Golongan
01
Secara umumnya, golongan yang meminta sedekah boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama. Pertamanya, individu iaitu golongan fakir miskin yang meminta sedekah untuk menampung keperluan hidup diri sendiri dan keluarga sehari-hari. Mereka ini biasanya boleh dijumpai di lokasi-lokasi yang sesak dengan pengunjung seperti di pusat-pusat bandar, pekan-pekan, pusat membeli-belah, di hadapan bank-bank, mesin-mesin juruwang automatik (ATM), stesen-stesen minyak, pasar-pasar malam, restoran-restoran, hentian-hentian bas dan sebagainya. Pemantauan dan penguatkuasaan bagi golongan yang pertama ini biasanya dijalankan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
02
Golongan yang kedua pula ialah mereka yang meminta sedekah bagi pihak sesebuah institusi khususnya yang berkaitan dengan agama Islam, iaitu untuk membantu menambah dana kewangan bagi menampung pembinaan bangunan atau institusi seperti masjid, surau, sekolah, rumah anak yatim dan sebagainya. Aktiviti kutipan sedekah oleh golongan yang kedua ini perlu mendapat surat kebenaran/sokongan daripada pihak yang berautoriti iaitu Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di negeri masing-masing
1. Khairat berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang memberi maksud kebajikan di mana ia turut merangkumi derma, sedekah dan sebagainya. Sedekah atau derma ialah sumbangan ikhlas daripada seseorang untuk diberikan kepada seseorang yang lain. Menurut Kamus Dewan, derma didefinisikan sebagai bantuan yang berupa wang (kepada perkumpulan dan lain-lain), pemberian yang ikhlas dan sedekah (kepada orang miskin dan lain-lain). Sedekah pula bermaksud pemberian kepada fakir miskin dan lain-lain (dengan ikhlas). Manakala khairat diertikan sebagai kebajikan, derma atau sedekah.
2. Penggunaan istilah pungutan khairat ini telah diguna pakai sejak sekian lama di Malaysia, contohnya dalam Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 1952 dan Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam (Negeri Perak) 1965
3. Namun begitu, penggunaan istilah pungutan khairat ini tidak meliputi khairat kematian yang diwujudkan di masjid-masjid kariah, tetapi boleh digunakan sekiranya dana tabung khairat kematian diwujudkan secara pungutan derma. Khairat kematian pada kebiasaannya ialah wang yang dikumpul daripada pencarum yang tinggal di sesuatu kawasan (ahli dan anak kariah) pada kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian
4. Di negara ini, amalan berkhairat iaitu berbuat kebajikan dengan bersedekah atau berderma terutamanya kepada golongan fakir miskin dan juga mereka yang memerlukan sudah menjadi amalan kebiasaan dalam masyarakat, lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat Islam. Selain daripada dapat bantu-membantu sesama manusia sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam, melalui sedekah juga diharapkan akan mendatangkan lebih barakah dalam harta seseorang Muslim itu serta sebagai bukti rasa syukur kepada Allah SWT di atas apa yang telah dikurniakan. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu: Sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.”
(Surah Ibrahim, ayat 7)
1. Secara umumnya, golongan yang meminta sedekah boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama. Pertamanya, individu iaitu golongan fakir miskin yang meminta sedekah untuk menampung keperluan hidup diri sendiri dan keluarga sehari-hari. Mereka ini biasanya boleh dijumpai di lokasi-lokasi yang sesak dengan pengunjung seperti di pusat-pusat bandar, pekan-pekan, pusat membeli-belah, di hadapan bank-bank, mesin-mesin juruwang automatik (ATM), stesen-stesen minyak, pasar-pasar malam, restoran-restoran, hentian-hentian bas dan sebagainya. Pemantauan dan penguatkuasaan bagi golongan yang pertama ini biasanya dijalankan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
2. Golongan yang kedua pula ialah mereka yang meminta sedekah bagi pihak sesebuah institusi khususnya yang berkaitan dengan agama Islam, iaitu untuk membantu menambah dana kewangan bagi menampung pembinaan bangunan atau institusi seperti masjid, surau, sekolah, rumah anak yatim dan sebagainya. Aktiviti kutipan sedekah oleh golongan yang kedua ini perlu mendapat surat kebenaran/sokongan daripada pihak yang berautoriti iaitu Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di negeri masing-masing.
1. Peruntukan undang-undang berkenaan kebenaran membuat pungutan khairat dan peruntukan berkenaan hukuman menjalankan pungutan khairat tanpa kebenaran telah diperuntukkan di dalam Akta / Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri di Malaysia selain negeri Sarawak. Sebagai contoh, Seksyen 84 (1), Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 menyatakan bahawa:
“Majlis boleh memungut, atau memberikan surat kebenaran dengan terma-terma yang difikirkannya patut kepada mana-mana orang atau kumpulan orang, membenarkan orang atau kumpulan orang itu memungut wang atau sumbangan-sumbangan lain bagi apa-apa maksud khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak”
2. Enakmen negeri-negeri lain (selain Sarawak) juga memperuntukkan peruntukan yang sama di mana klausa peruntukan di antara enakmen negeri-negeri ini dilihat hampir sama dan dengan jelas menyatakan kuasa MAIN dalam memberikan kebenaran kepada mana-mana umat Islam untuk menjalankan pungutan bagi maksud memajukan agama Islam.
1. Modus operandi kutipan sedekah oleh golongan yang kedua (bagi pihak institusi) ini adalah pelbagai. Selain daripada meminta sedekah di kawasan-kawasan awam seperti juga golongan pertama, mereka juga turut mengadakan kutipan dari rumah ke rumah dan juga di pejabat-pejabat. Biasanya, mereka menggunakan individu bagi mewakili sesebuah institusi untuk bertemu dengan orang ramai dan kemudian mendapatkan sedekah daripada orang ramai yang berada di situ. Tabung-tabung kutipan sedekah juga ada yang ditinggalkan di lokasi-lokasi strategik yang selamat seperti masjid, surau dan sebagainya.
2. Masyarakat Malaysia yang terkenal dengan sikap pemurahnya kebanyakannya tidak mengambil peduli akan kesahihan individu yang menjalankan kutipan sedekah, sama ada benar-benar mewakili sesebuah institusi yang dinyatakan ataupun melakukan penipuan. Masyarakat dengan mudah sahaja menghulurkan derma tanpa berfikir panjang kerana menaruh perasaan simpati di samping mengharapkan ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT. Para pengutip sedekah pula secara terang-terangan menjalankan aktiviti mereka seolah-olah tiada undang-undang yang menghadkan pergerakan mereka dan mereka bebas menjalankan kutipan tanpa sebarang sekatan.
3. Selain itu, golongan kanak-kanak turut dieksploitasi untuk membuat pungutan derma di stesen-stesen minyak dan di restoran-restoran. Kanak-kanak ini ada yang digunakan khusus menjalankan kutipan derma dan ada juga yang digunakan untuk menjual produk-produk seperti cakera padat syarahan agama, kismis, buku dan sebagainya. Wang hasil jualan yang disumbangkan dikatakan akan digunakan bagi pembangunan sekolah / institusi mereka
Dari segi bahasa khairat bermaksud kebajikan-kebajikan.
Dari segi istilah pula bermaksud sedekah yang dilakukan dalam bentuk wang bagi tujuan kebajikan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
i) Memiliki keahlian secara penuh untuk melakukan tabarru’ iaitu:
- Berakal;
- Baligh;
- Rashid(cerdik);
- Tidak mempunyai halangan untuk bersedekah
ii) Memiliki barang yang ingin disedekahkan atau menjadi wakil bagi pihak lain yang ingin bersedekah dengan hartanya.
Orang yang layak menerima wang khairat ialah seperti fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kelainan upaya, orang muflis, orang yang ditimpa musibah atau penyakit.
i. Harta yang dimiliki daripada sumber yang halal serta bukan syubhah; dan
ii. Harta yang baik dan bukan sesuatu yang buruk atau tidak disukai.
Hukumnya makruh sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.”
(Surah al-Baqarah, ayat 267)
- Amalan bersedekah adalah satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat harta yang telah dikurniakan kepada kita.
- Sedekah dapat menyucikan harta dan diri seseorang sebagaimana ibadah zakat
- Sedekah adalah satu bentuk amal ibadah yang dapat menambahkan kebaikan, menghapuskan dosa, menolak bala, menambahkan rezeki, menyembuhkan penyakit dan menjauhkan kemurkaan Allah SWT.
Disunatkan bagi seseorang Muslim untuk bersedekah kepada kerabatnya atau jirannya kerana ianya lebih afdal. Sebagaimana Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Hibban, yang bermaksud:
“Sedekah kepada orang miskin merupakan satu sedekah, manakala kepada orang yang mempunyai hubungan rahim ( kaum kerabat) adalah dua perkara: Sedekah dan merapatkan hubungan”.
Pandangan daripada Mazhab Syafii, harus memberi sedekah yang sukarela kepada bukan Islam secara mutlak. Sebagaimana firman Allah SWT, (Surah al-Insan, ayat 8), yang bermaksud :
“Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukai, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan (bukan Muslim).”
Sedekah kepada haiwan adalah sesuatu yang dianjurkan oleh syariat Islam.
Disunatkan bagi sedekah itu dilakukan pada harta yang lebih dari keperluan diri sendiri dan orang-orang yang di bawah tanggungan. Sekiranya seseorang itu bersedekah sehingga mengurangkan keperluan orang-orang di bawah tanggungannya, maka dia berdosa.
Wang khairat termasuk di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN). Peruntukan berkenaan dengan wang khairat ada terdapat dalam statut pentadbiran agama Islam setiap negeri.
- Permohonan bagi mendapatkan kebenaran membuat pungutan khairat hendaklah mana-mana individu yang mewakili kumpulan orang atau institusi seperti masjid, surau, madrasah, ma’ahad, sekolah atau pertubuhan. Pemohon sama ada merupakan ahli jawatankuasa tetap, ahli jawatankuasa penaja atau ahli jawatankuasa pembangunan dilantik mewakili kumpulan orang atau institusi.
- Permohonan daripada individu adalah tidak dibenarkan sama sekali dan sekiranya ada hendaklah disiasat.
- Pemohon hendaklah Warganegara Malaysia dan permohonan adalah daripada pemohon dalam mana-mana negeri di Malaysia.
- iv) Berumur 18 tahun ke atas.
- Pembinaan baru – seperti mendirikan masjid, surau, madrasah, ma’ahad, sekolah atau pertubuhan.
- Pembinaan semula – seperti bangunan masjid, surau, madrasah, ma’ahad, sekolah atau pertubuhan di atas bangunan sedia ada.
- Pembaikan – meliputi kerja-kerja ke atas bangunan sedia ada seperti pembaikan atap, tandas, longkang atau struktur bangunan.
- Penyelenggaraan – seperti menyelenggara bangunan sekolah, perbelanjaan mengelola sesuatu pertubuhan dan yang berkaitan.
- Tabung bencana – seperti bencana tsunami, tabung mangsa banjir, tanah runtuh dan sebagainya.
- Tabung Bantuan Umum – untuk kemaslahatan umat Islam seperti untuk rakyat Palestin, Syria, Rohingya atau mana-mana negara.
- Projek Amal – oleh persatuan atau pertubuhan atau NGO seperti bantuan anak yatim, projek membersihkan alam sekitar dan seumpamanya.