Assalamualaikum wbt

Page Title ,

Kategori / Golongan

01

Secara umumnya, golongan yang meminta sedekah boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama. Pertamanya, individu iaitu golongan fakir miskin yang meminta sedekah untuk menampung keperluan hidup diri sendiri dan keluarga sehari-hari. Mereka ini biasanya boleh dijumpai di lokasi-lokasi yang sesak dengan pengunjung seperti di pusat-pusat bandar, pekan-pekan, pusat membeli-belah, di hadapan bank-bank, mesin-mesin juruwang automatik (ATM), stesen-stesen minyak, pasar-pasar malam, restoran-restoran, hentian-hentian bas dan sebagainya. Pemantauan dan penguatkuasaan bagi golongan yang pertama ini biasanya dijalankan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

02

Golongan yang kedua pula ialah mereka yang meminta sedekah bagi pihak sesebuah institusi khususnya yang berkaitan dengan agama Islam, iaitu untuk membantu menambah dana kewangan bagi menampung pembinaan bangunan atau institusi seperti masjid, surau, sekolah, rumah anak yatim dan sebagainya. Aktiviti kutipan sedekah oleh golongan yang kedua ini perlu mendapat surat kebenaran/sokongan daripada pihak yang berautoriti iaitu Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di negeri masing-masing